Tuesday 23 April 2024

2020-2022: Pandemik Covid-19 - Zaman Kegelapan Buat Traveler

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Tahun 2020 merupakan tahun 'kegelapan' buat kaki travel. Wawasan 2020 yang dicanangkan sejak dulu lagi untuk kemajuan negara rupanya bermula dengan tragedi hitam di mana pandemik Covid-19 mula menular di seluruh dunia. Coronavirus disease (Covid-19) dah mula masuk ke Malaysia sejak awal tahun 2020. Rupanya virus ni mula dikesan di China pada Disember 2019. Kiranya masa kami bercuti di UK lagi dah wujud virus ni. Nasib baik kami dah pulang ke Malaysia. Bayangkan kalau kami travel ke China waktu tu. Silap haribulan kena kuarantin kat sana. Huhu..

Rupanya ini gambar terakhir travel kami sebelum 'bercuti' panjang..

Kehidupan seharian berubah akibat daripada Covid-19. Dimulakan dengan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020 hinggalah Malaysia beralih ke fasa endemik pada 1 April 2022. Rakyat terpaksa mengurungkan diri di rumah masing-masing demi untuk mengekang penularan wabak ini. Istilah Work From Home (WFH) mula menjadi popular ketika ini. Pemakaian mask juga sudah menjadi satu kewajipan. Jika ada urusan kerja kena dapatkan kebenaran bertulis dari pihak polis. Begitu ketat penguasaan terhadap wabak Covid-19. Mana taknya, berjuta nyawa terkorban akibat daripada virus yang berzarah kecil ini. Setiap hari tengok berita update mengenai jumlah manusia yang terkorban di seluruh dunia. Dulu masa wabak ni takde memang tak pernah pun tengok berita kat tv. Tapi dah kena kurung, apa lagi aktiviti yang boleh dibuat. Sampai rosak tv dibuatnya sebab sentiasa bekerja sepanjang hari. Hihi..

Pemakaian mask dah menjadi rutin harian

Rakyat mula mengambil vaksin bagi mendapatkan imuniti dalam melindungi diri daripada jangkitan wabak. Saya juga tidak berkecuali. Kami sekeluarga menunggu tarikh untuk mengambil vaksin. Masa ni terdapat beberapa jenis vaksin yang dikeluarkan. Mula la semua berebut nak ambil vaksin-vaksin yang tertentu. Masih ingat lagi masa vaksin Astrazeneca diperkenalkan dan terhad pulak tu. Kami pun standby untuk booking dalam website tapi tak berjaya. Masa ni keluarlah info berkenaan vaksin-vaksin yang dikeluarkan. Kononnya ada vaksin yang tak power la sebab made in China, imuniti tak kuat la, tak boleh travel la dan macam-macam lagi. Sebagai rakyat marhaein apa option yang kami ada. Ikut je lah arahan daripada kerajaan dan terima aje mana-mana vaksin yang ditawarkan.

Jenis-jenis vaksin yang ada di Malaysia

Sebelum pandemik, saya bertukar tempat kerja. Daripada mengajar di sekolah, saya kembali semula ke Kementerian Pendidikan atas faktor permintaan. Tapi kali ni di bahagian lain. Saya ditempatkan di unit yang menjaga hal ehwal Parlimen KPM. Baru masuk dalam sebulan, terus PKP. Maka dapatlah saya belajar tentang pengurusan parlimen semasa berkurung di rumah. Bila dah boleh bekerja semula, untuk hadir ke parlimen kena selalu buat swab test. Maka kembang la lubang hidung asyik kena jolok je. Hahah.. 2 kali saya didapati positif Covid-19 dalam masa setahun dan terpaksa dikuarantin di rumah dan duduk berkurung sorang diri dalam bilik. Makin tekanan dibuatnya. Masa kena kali pertama saya tak rasa apa-apa pun sebenarnya. Tapi bila kena kali kedua, agak teruk juga. Kedua-duanya hanya kuarantin di rumah. Tak pernah kena angkut dengan KKM ke pusat kuarantin. Kira pengalaman dalam hidup jugalah pernah menjadi pesakit positif Covid-19 sebanyak dua kali. Mujur tak teruk. Alhamdulillah..

Kerja baru, positif Covid-19 & vaksin

Kerana Covid-19, semua orang tak dapat nak travel. Ada hikmahnya kedatangan wabak ni. Boleh kumpul duit tabung travel banyak-banyak. Hehe.. Daripada duduk diam tak buat apa-apa, maka saya ambil keputusan untuk sambung belajar master secara online. At least adalah sesuatu yang dilakukan untuk mengisi masa yang terlalu lapang di rumah. Hujung tahun yang sepatutnya saya travel boleh fokus kepada kelas, assignment, projek dan exam. By the time Covid-19 dah clear, in shaa Allah belajar pun habis dan boleh sambung semula aktiviti travel. Gunakan masa tak boleh travel ini dengan perkara yang lebih ilmiah. You can do it!

Stop travel, jadi penyelidik dulu. Moga dipermudahkan..


Wallahu 'alam..